KAEDAH
MENGENAL DIRI DAN MENGENAL ALLAH
Melalui
Ilmu Ma’rifat Tok Kenali, Kubang Krian. Kelantan.
KAEDAH
PERTAMA MENGENAL ALLAH
1)
Ilmu Yang Pertama Untuk Dipelajari! Fitrah diciptanya makhluk itu, adalah
bertujuan untuk mengenal Allah. Ilmu pertama yang wajib
dan yang dituntut Allah itu, adalah ilmu tauhid atau "ilmu
mengenal Allah". Sebagaimana kalimah "Awalludin
makrifattullah" (awal-awal beragama itu, mengenal Allah).Pertama mula
beragama itu, bukan syahadah, sembahyang, puasa, zakat atau haji. Ilmu yang
mula-mula itu, adalah mengenal Allah!. Sayangnya kebanyakkan dari kita,
tidak tahu untuk bagaimana mencari ilmu mengenal Allah!
2) Allah
itu Terang, Yang Lebih Terang Dari Cahaya Matahari! Allah Taala itu, terang dan
teramat jelas. Terang dan jelasnya Allah Taala itu, terlebih terang dan
terlebih jelas dari cahaya matahari itu sendiri?. Kenapa kita tidak
nampak Allah?.
Sebab tidak terpandang,
terlihat, tertilik dan ternampanya Allah itu, adalah kerana adanya sifat
mata!. Adanya sifat mata itulah, yang menyebabkan tuan-tuan tidak dapat untuk
menilik, melihat atau memandang Allah swt. Cuba tuan-tuan buang atau hilangkan
sifat mata dan sifat diri, disitu pastinya tuan-tuan dan puan-puan akan dapat
melihat, menilik dan memandang Allah Taala. Mata dan sifat diri tuan-tuan
sendirilah sebenar-benar sifat yang menghijab, mendinding dan yang menutup dari
terpandang Allah Taala!.
3) Cara
Kafan Sifat Mata Sebab adanya sifat matalah yang menjadikan jauhnya keberadaan
bulu mata dengan bebola mata. Cuba tuau-tuan bayangkan kiranya tidak ada mata.
Dengan tidak ada mata, tidak timbullah perkara jarak, samaada jauh atau
dekat!. Timbulnya perkara jarak jauh atau dekat itu, adalah kerana adanya sifat
mata. Kerana adanya matalah yang menyebabkan kita tahu jarak dekat atau jauh.
Matalah sebenar-benar sifat yang menjarak, menghijab, menjauh dan
sebenar-benar yang menutup pandangan kita dari terlihat Allah. Selagi ada mata,
selagi itulah kita tidak akan dapat untuk melihat Allah Taala.
Pesan Tok' Kenali bahawa
setelah kita tidak ada mata, barulah Allah itu dapat ditahu, dilihat, dikenal
dan diingat dengan nyata. Bilamana kita berkata atau mengaku perkataan
"ada aku", itu akan membawa pengertian "tidak ada
Allah". Adanya Allah itu, setelah tidak adanya diri kita!. Selagi
adanya perkataan aku, maka timbullah dakwaan aku gagah, aku besar
dan aku kaya". Bilamana tuan-tuan menyebut perkataan itu, ertinya
tuan-tuan menafikan kekuatan Allah, menafi kebesaran Alah dan menafikan
kekayan Allah. Bilamana kita gagah, bermakna Allah itu bersifat lemah dan
bilamana kita kaya, bererti Allah miskin!. Setelah kita lemah, barulah Allah
itu gagah, bilaman kita kecil, barulah Allah itu bersifat bersar.
Bilamana kita tidak ada, barulah Allah itu benar-benar ada!.
4) Jangan
Adanya Istilah Atau Perkataan "Aku" Untuk menjadikan Allah itu
benar-benar ada, jangan sekali-kali mengatakan perkataan "aku ada",
bilamana kita mengaku "aku ada" bererti Allah tidak ada. Bilamana
kita mengaku "aku tidak ada", barulah Allah itu, sebenar-benar bersifat dengan sifat
ada .
Bilamana kita mengaku kita
miskin, barulah Allah itu benar-benar bersifat dengan sifat kaya. Bilamana kita
mengaku aku lemah, barulah Allah itu benar-benar bersifat dengan sifat gagah.
Bermaknanya disini bahawa bahasa seni makrifat Tok' Kenali itu, adalah bahasa
yang bernilai tinggi dan dalam.
Tok' Kenali selalu
berpesan kepada anak muridnya bahawa, sekiranya kita berhajat untuk mengenal
Allah, jangan sekali-kali mengenal Allah dengan perkataan
"aku".
5) Ingat
Itu, Ertinya Belum Ingat!" Ingat itu sesungguhnya tidak ingat". Tahu
itu sesungguhnya tidak tahu". "Tidak ingat itulah sebenar-benar
ingat dan tidak tahu itulah sebenar tahu". Untuk membenarkan seninya
kata-kata Tok' Kenali itu, saya ingin mengajak tuan-tuan supaya
bayangkan, semasa tuan mula-mula bekerja atau semasa mula-mula tuan-tuan
berpindah dari kampong ke kota. Dari rumah untuk pergi kepajabat,
tuan-tuan bertanya arah jalan, bertanya nama-nama jalan, bertanya berapa
banyak menempuh lampu isyarat, bertanya apakah ada jalan yang kena belok kiri
atau kanan dan sebagainya. Lama kelamaan, bilamana sudah biasa,
tuan-tuan tidak lagi perlu ingat kepada tanda-tanda jalan atau tidak
lagi ingat akan lampu isyarat dan tidak lagi perlu ingat nama-nama jalan.
Tahu-tahu sahaja tuan-tuan sampai kepajabat.
Tuan-tuan boleh sampai ke
pejabat dari rumah, tanpa ingat jalan, tanpa ingat lampu isyarat
keberapa, tanpa ingat belok kiri atau kanan dan tanpa ingat nama-nama jalan
lagi. Tahu-tahu tuan-tuan sampai kepejabat dengan selamat!. "Tidak
ingat, itulah tandanya ingat". Dari rumah untuk kepejabat itu, tanpa lagi
perlu mengira-gira nama jalan atau lorong mana. Itulah tanda ingat. Tanda
ingat itu, adalah tidak ingat! dan tanda tidak ingat, itulah sebenar-benar
ingat!. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Semasa tuan-tuan suap
nasi kemulut, apakah tuan-tuan ingat kepada tangan?.
Saya percaya yang tuan-tuan
tidak ingat kepada tangan, samaada ada atau tidaknya tangan tuan-tuan itu,
tuan-tuan sendiri tidak tahu dan tidak ingat!. Tahu-tahu tangan menyuap
nasi kemulut tanpa perlu ingat atau tanpa perlu disuruh, itulah tanda
sebenar-benar ingat. Tak perlu kita menyuruh tangan menyuap nasi kemulut,
tahu-tahu nasi masuk kemulut!. Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada
tahap tidak ingat!. Kita dikehendaki tidak ingat lagi kepada
keberadaan diri kita.
Kita dikehendaki tidak
perlu lagi ingat kepada adanya diri. Sekiranya kita masih dalam keadaan
berkira-kira untuk membuang diri, berkira-kira untuk menfanakan diri dan
masih berkira-kira untuk mebinasakan diri, itu tandanya kita itu belum sempurna
mengenal diri dan teramat jauh dari ingat kepada Allah Taala. Itu pada tahap
atau peringkat masih dalam perkiraan, masih dalam keadaan berkira-kira nak
ingat. Nak ingat itu, ertinya belum ingat. Nak ingat itu, ertinya baru nak
ingat, baru nak ingat itu, bermakna belum ingat.
Ingat kepada Allah itu,
hendaklah sampai kepada tahap, tidak ada apa-apa lagi yang harus diingat. Ingat
kepada Allah itu, jangan sampai adanya dalil. Ingat kepada Allah itu, jangan
sampai ada dikeranakan dengan suatu kerana. Untuk ingat kepada Allah itu,
jangan sampai disandarkan kepada suatu peyandar. Ingat kepada Allah itu, tidak
ada sebab dengan suatu sebab.Allah itu, adalah Allah, Allah itu, adalah Allah
dan Allah itu, adalah Allah…… Allah, Allah, Allah……….
6)
Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil! Mengenal
Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak perlu lagi kepada dalil!, tidak
perlu kepada saksi atau peyaksian . Kiranya masih perlu kepada dalil atau
saksi, bererti kita belum benar-benar mengenal Allah. Untuk
mengenal atau untuk ingat kepada kedua Ibu dan ayah kita, apakah perlu lagi
kepada saksi atau dalil?. Begitu juga dengan ilmu mengenal Allah. Orang yang
benar-benar mengenal Allah itu, adalah orang yang tidak lagi perlu kepada dalil!.
Allah itu, adalah Allah.
Kata Tok' Kenali
lagi, untuk ingat kepada Allah itu, sekiranya masih ada saksi, bersaksi
dan masih ada yang meyaksi, itu adalah peringkat mereka yang masih
berkira-kira untuk ingat. Berkira-kira untuk ingat kepada Allah itu,
adalah tanda tidak ingat dan belum ingat!. Masih dalam perkiraan nak ingat.
Perkataan nak ingat itu, adalah tandanya belum ingat dan tandanya tidak
ingat.Sebenar-benar ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat
kepada makhluk. Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat
kepada perkiraan, tidak lagi ingat kepada sangka-sangka dan setelah tidak
ingat lagi kepada dalil itu dan dalil ini.
Sekali pandang, bahasa seni
makrifat Tok' Kenali itu, kita akan menuduh yang bahawasanya bahasa itu, adalah
bahasa yang tidak masuk atau tidak boleh diterima akal!. Sebaliknya seni
makrifat Tok' Kenali itu penuh sarat dengan ilmu yang tersirat, penuh makna,
penuh pengertian dan penuh terjemahan. Kata Tok' Kenali itu, adalah
kata yang sebenar-sebenar kata. Kata yang penuh membawa maksud. Seni
makrifat itulah yang membawa ramai anak muridnya duduk dalam keadaan asyik.
Asyik dengan Allah, setelah tidak lagi asyik kepada keberadaan diri.
7)
Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri! Mari sama-sama kita
lihat ungkapan seni Tok' Kenali melalui katanya, selagi kita masih mengaku
"adanya diri", selagi itulah sifat "adanya Allah itu" tidak
akan dapat kita lihat. Bilamana kita mengadakan sifat adanya diri,
bererti kita telah menafikan sifat adanya Allah. Kita tidak boleh untuk
mengadakan (menwujudkan) atau menggabungkan serentak antara kedua-dua sifat
makhluk dengan sifat Allah!. Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat
hanya bagi Allah. Sifat bagi makhluk itu, adalah tidak ada (tidak wujud). Sila
rujuk sifat dua puluh.
Sekiranya kita itu
bersifat ada atau kita itu bersifat wujud, bererti kita telah mengadakan
dua sifat wujud (dua sifat ada). Bererti kita telah menduakan sifat Allah,
iaitu satunya wujud bagi Allah dan satu lagi itu wujud bagi diri makhluk,
bermakna disini, kita telah mengadakan dua sifat wujud. Sedangkan sifat wujud
itu, hanya hak bagi Allah dan bukannya hak bagi makhluk. Bagi yang menduakan
sifat Allah, hukumnya adalah syirik. Syirik itu, adalah dosa besar yang tidak
boleh diampun Allah. Untuk itu, jangan adakan dua sifat wujud (dua sifat ada).
yang wujud dan yang bersifat ada itu, adalah hanya bagi Allah, hanya bagi Allah
dan hanya bagi Allah!…………………
Kita semua belajar dan kita
semua tahu yang bahawasanya sifat "ada" itu adalah hanya sifat bagi
Allah!. Manakala sifat bagi kita itu, adalah tidak ada!. Bilamana kita
tidak ada sifat, apa lagi yang hendak kita perkira-kirakan dalam soal ingat
kepada Allah!. Setelah sekalian makhluk bersifat tidak ada, bermakna yang
ada itu, adalah hanya Allah. Sekiranya yang ada dan yang wujud itu hanya Allah,
buat apa lagi ingat kepada selain Allah!.
8) Jangan
Gandingkan "Ada Allah Dengan Adanya Diri" Permasalahan yang timbul
kepada kebanyakkan dari kita sekarang itu, adalah permasalahan dimana
kita tidak boleh untuk membuang adanya kita!. Kebanyakkan dari kita
sekarang payah untuk membuang sifat keakuan dan ramai yang masih lagi kuat
berpegang kepada perkiraan yang sifat diri sebagai makhluk itu masih ada
dan masih wujud. Kiranya Allah bersifat ada dan diri kita pun juga
bersifat ada, bermakna kita telah mengadakan dua sifat wujud (mengadakan dua
sifat ada). Barang siapa yang mewujudkan dua wujud atau barang siapa yang
mengadakan dua sifat ada, bermakna kita telah syirik dengan Allah, kerana
telah mengadakan dua sifat Allah. Bilamana kita bersifat ada dan Allah
juga bersifat ada, yang mana satukah yang benar-benar bersifat ada?.
Ada itu sifat kita kah atau
sifat Allah kah?. Setahu kita, yang bersifat ada dan yang bersifat wujud itu,
adalah hanya Allah. Sifat kita sebagai makhluk itu, adalah sifat yang
berlawanan daripada sifat Allah. Bilamana Allah bersifat ada, kita adalah
bersifat tidak ada. Bilamana tidak adanya sifat kita, barulah Allah itu
benar-benar dapat diingat. Kalau kita ada dan Allah pun ada, itulah yang
menjadikan kita lupa untuk ingat kepada Allah.
Apabila lupa kepada Allah,
tentunya yang kita ingat itu adalah adanya keberadaan diri, bilamana kita ingat
kepada diri dan tidak ingat kepada adanya Allah, itulah yang dikatakan syirik
(menduakan sifat Allah bererti, kita telah menduakan Allah), itulah yang
dikatakan syirik. Dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak akan dapat diampun
Allah Taala. Untuk mengelak dari dosa syirik dan untuk menjadikan diri mengenal
diri, marilah saya ajak tuan-tuan sama-sama menghayati kata-kata dari lidah
Tok' Kenali ini, yang saya nukilkan melalui ungkapan kata dalam bentuk
tulisan. Mari kita mengenal Allah dan mengenal diri melalui kaedah lima!.
9) Ilmu
Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Paling Rendah Dan Mudah!I lmu mengenal Allah
itu, sesungguhnya adalah suatu ilmu yang paling mudah, paling senang, paling
ringan, paling lembut, paling halus dan paling nipis. Ringan, halus dan
nipisnya ilmu mengenal Allah itu, seumpama ringannya kita menganggkat sebilah
pisau cukur. Ringannya menganggkat sebilah pisau cukur itu, tidak seumpama
beratnya mengangkat seguni tepung gandung atau seguni beras.
Biarpun pisau cukur itu
nipis dan ringan, hendaklah ia dianggkat dengan cermat, berhati-hati dan penuh
lemah lembut. Menganggkat pisau cukur itu, tidak sebagaimana anggkat guni
tepung, yang boleh diambil dengan kasar dan dicampak pun dengan kasar. Ringan
dan nipisnya ilmu mengenal Allah (makrifat) itu, terlebih ringan
dan terlebih nipis dari pisau cukur. Oleh itu, hendaklah dituntut dengan cermat
dan berhati-hati, jika tidak berhati-hati ia akan melukai tangan sendiri!.
Dikeranakan benda yang ringan dan nipis itu mudah terluka, makanya ramai
dikalangan kita merasa takut dan tidak sudi memilikinya!. Ilmu mengenal Allah
atau ilmu makrifat itu, adalah suatu ilmu yang terang, nyata dan suatu ilmu
yang paling jelas.
Allah itu terang, Allah itu
nyata dan Allah itu jelas, lebih terang, lebih nyata dan lebih jelas daripada
cahaya matahari. Terangnhya cahaya matahari, terang lagi Allah. jelasnya cahaya
matahari, jelas lagi Allahh!. Kenapa tidak kita melihat dan memandangnya?
Tuan-tuan dan puan-puan
yang dirahmati Allah sekalian, untuk mendapat berkat roh ilmu para guru-guru
terdahulu, saya mahu tuan-tuan berhenti seketika dari membaca dan
masing-masing hendaklah pegang atau raba bulu mata masing-masing. Sesudah
masing-masing meraba bulu mata masing-masing, saya ingin ajukan satu
pertanyaan. Dengan harapan agar tuan-tuan dapat menjawabnya dengan jujur. Pertanyaan
saya adalah, apakah kedudukkan bebola mata dengan bulu mata itu jauh?. Kiranya
jawapan tuan-tuan memihak kepada dekat, itulah tandanya Allah itu lebih hampir
dan lebih dekat dari bulu mata kita sendiri.
Saya tidak mahu menyuruh
tuan-tuan memegang bebola mata, nanti sakit, cukuplah dengan kiasan
memegang bulu mata. Namun sesungguhnya Allah itu, terlebih hampir daripada
bebola mata putih dengan mata hitam. Allah itu hampir, hampirnya Allah itu,
lebih hampir dari urat leher. Kenapa tidak kita lihat, kenapa tidak kita
pandang dan kenapa tidak kita tilik?.
Diantara sebab tidak boleh
ditilik, dilihat atau dipandang Allah itu, adalah kerana Allah itu terlampau
hampir dan teramat dekat. Dikeranakan terlampau hampir dan terlampau dekatnya
Allah itu, sehingga kita "terlepas pandang" . Memandangkan ilmu
mengenal Allah itu, senang, ringkas, mudah, ringan, nyata, mudah, terang, halus
dan jelas, kenapa tidak kita mengenal Allah?. Cuba sekali lagi tuan-tuan
dan puan-puan jawab pertanyaan saya, kenapa sampai tidak boleh untuk kita
mengenal, menilik, melihat dan memandang Allah Taala?, kenapa, kenapa dan
kenapa?.
10) Senaraikan
Jawapan Tuan-Tuan!.
Sebelum tuan-tuan
meneruskan bacaan watikah saya ini, saya ingin ajukan satu pertanyaan. Saya
minta tuan-tuan dan puan-puan jawab dengan cermat dan berhati-hati.
Soalannya, apakah sebabnya tuan-tuan tidak dapat untuk melihat,
menilik, memandang dan memerhatikan Allah Taala. Pertanyaan saya ini hendaklah
dijawab dengan tulisan. Jawapan yang tuan-tuan tulis itu, akan dijadikan
sebagai kayu pengukur, apakah sama dengan jawapan yang akan saya
nukilkan!. Inilah cara Tok' kenali mengukur kefahaman anak muridnya.
Setelah jawapan tuan-tuan
sudah disenaraikan satu persatu dengan ditil, barulah tuan-tuan dibenar meneruskan
bacaan warkah perkhabaran ini. Supaya dengan itu, tuan-tuan dapat banding,
nilai dan perbezakan antara jawapan tuan-tuan dengan jawapan saya. Baru
kita dapat ukur, setakat mana kemampuan kita dalam berilmu!. ...........................
KAEDAH KEDUA MENGENAL
ALLAH!
5 Cara, 5 Jalan
dan 5 Kaedah Mengenal Allah! Jalan untuk mengenal Allah itu, hanya ada 5
cara, 5 kaedah atau 5 jalan)
Untuk mengenal Allah itu,
tidak ada jalan lain lagi selain lima jalan tersebut. Dengan pasti,
setelah tuan-tuan menghayati lima jalan itu, tuan-tuan dan puan-puan akan wajib
mengenal Allah, pada hari ini, jam ini dan saat ini jua. Percayalah akan kata-kata
saya, inilah satu-satu jalan ilmu yang diperturunkan oleh Tok Kenali
kepada kita!.
1) Mengenal Allah
melalui Allah, kiranya jalan mengenal Allah tidak dapat kita cari, mari
kita mengenal Allah melalui ilmu mengenal diri.
2) Mengenal Allah
melalui diri, kiranya ilmu diri sendiri tidak kita cari, mari kita
mengenal diri melalui jalan mengenal mati.
3) Mengenal Allah
melalui mati, kiranya kita tidak boleh mengenal diri melalui mati, mari kita
mengenal diri melalui mengenal tidur.
4) Mengenal Allah
melalui tidur, kiranya tidak kita tahu ilmu mengenal tidur, tidak akan kita
tahu erti penyerahan diri!.
5) Mengenal Allah
melalui penyerahan diri, inilah penamat pelajaran mengenal Allah.
Pelajaran
pertama; Mengenal Allah Melalui AllahJalan untuk mengenal Allah itu, adalah
suatu perkara yang terlampau mudah dan terlampau senang. Lantaran mudah dan
senang itulah, sehingga kebanyakkan dari kita terlupa dan terlepas
pandang. Apakah benda yang paling hampir dengan mata kita?, cuba
tuan-tuan jawab pertanyaan saya dengan ikhlas. Benda yang paling hampir dengan
mata kita itu, adalah bulu mata!. Cuba jawab pertanyaan saya, kenapa tidak
boleh kita nampak untuk melihat bulu mata?.
Jawapanya adalah, sebab
bulu mata itu, adalah perkara yang paling hampir. Begitu juga dengan Allah.
Kenapa sampai kita tidak dapat untuk melihat Allah?. Kita tidak dapat untuk
melihat Allah itu, adalah kerana jarak kedudukkannya Allah Taala dengan kita
itu, adalah teramat hampir dan teramat dekat. Sebagaimana hampir dan dekatnya
bulu mata dengan mata, sehingga kebanyakkan dari kita terlepas pandang!.
Untuk mengenal yang dekat
itu, hendaklah melalui perkara yang hampir!. Satu-satunya perkara yang paling
hampir dengan kita itu, adalah diri kita sendiri. Setelah mengenal diri
dengan rata, baru boleh mengenal Allah yang nyata!. Untuk mengenal Allah itu
pula, berkehendak Ia melalui Allah sendiri. Mengenal Allah itu, bukannya
melalui guru atau melalui kitab. Allah akan campak atau mengurniakan kefahaman
ilmuNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Untuk itu, marilah kita mengenal
Allah melalui Allah!.1) Pelajaran pertama; Mengenal Allah Melalui
AllahTuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Saya harap
sangat-sangat, agar dapat kiranya tuan-tuan baca risalah ini dengan seberapa
cermat dan berhati-hati!.
Hendaklah sekalian semua
tahu bahawasanya seseorang guru itu, tidak akan sekali-kali dapat mengajar atau
membimbing kita untuk mengenal Allah. Sehebat mana sekalupun mereka sebagai
guru agama, ilmu mereka tidak akan sekali-kali dapat sampai kepada tahap
mengenal Allah. Mengenal Allah itu, bukan milik makhluk. Mengenal Allah itu,
adalah milik Allah itu sendiri!.Ilmu mengenal Allah itu, pembelajarannya
hendaklah melalui Allah itu sendiri. Hanya Allah yang mengenal
Allah!. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hadis "Ana araftu Rabbi
Birabbi" (aku mengenal Tuhan dengan Tuhan ku).
Mengenal Allah itu, tidak
sekali-kali melalui bimbingan guru, Malaikat atau bimbingan Al-Quraan. Yang
boleh meyampai, membimbing atau membawa kita kepada mengenal Allah itu, adalah
hanya melalui Allah itu sendiri. Hanya Allah mengenal Allah!. Allah akan
memperkenalkan diriNya hanya kepada diriNya .Bagaimana mungkin kita boleh
sampai kepada tahap mengenal Allah, sedangkan Allah itu bukan ain dan
Allah itu bukan benda. Allah tidak bersifat sebagaimana sifat makhluk, Allah
tidak bernama sebagaimana nama makhluk. Mana mungkin kita dapat mengenal Allah,
sedangkan Allah itu bersifat dengan sifat "Laisa Kamislihi Syaiun"
(Allah itu bersifat bersalahan dengan sifat yang baharu).
Apayng kita gambar, itu
bukan Allah. Apa yang kita kenang-kenagkan, itu bukan Allah. Apa yang kita
bayang-bayangkan, itu bukan Allah dan apa-apa yang kita lintaskan kedalam hati
(lintasan hati), itupun bukan Allah!. Dikiri, kanan, depan, belakang, tengah,
tepi, dalam, luar, jauh, dekat, hitam, putih, bulat atau persegi, itu bukan
Allah.Kiranya Allah boleh memperkenalkan dirinyaPersoalanya disini,
bagaimanakah untuk kita belajar mengenal Allah dengan Allah?.
Dekatnya Allah itu, tidak
bersentuhan dan jauhnya Allah itu, tidak bersempadan. Dikeranakan Allah
itu terlampau hampir dan terlampau dekat, sehingga kebanyakkan kita tidak dapat
untuk melihatNya. Mengenal Allah itu, adalah hal keadaan yang tidak dapat
untuk dilihat oleh pandangan mata atau diraba dengan anggota
tangan. Untuk akal mengenal barang ilmu yang tidak ada bukti dengan mata
kepala, akan mendatangkan kepayahan atau kesulitan. Untuk itu, hendaklah
kita tinggalkan dahulu bab ilmu "mengenal Allah melalui
Allah" buat seketika. Untuk sampai kepada tahap anak tangga ilmu
mengenal Allah melalui Allah, tuan-tuan wajib terlebih dahulu melalui anak
tangga ilmu mengenal diri.
Setelah tuan-tuan
benar-benar tamat dalam pelajaran ilmu mengenal diri dengan rata, barulah
tuan-tuan boleh mengenal Allah dengan nyata. Untuk itu, mari saya
bawa tuan-tuan megembara kealam "ilmu mengenal Allah melalui diri".2)
Pelajaran Kedua; Mengenal Allah Melalui Diri.
Allah itu akan boleh
dikenal dengan penuh nyata dan yakin bilamana kita mengenal diri.
Bilamana kita mengenlal diri dengan rata, pastinya dan wajibnya, kita akan
mengenal Allah dengan nyata.Kaedah atau jalan yang pasti untuk mengenal Allah
itu, adalah melalui kaedah mengenal diri . Berpandukan sebagaimana yang
dinyatakan didalam Hadis "Barang siapa mengenal diri, maka akan kenallah
ia akan Allah" (Man arafanassahu faqad arafarabbahu). Setelah kita tahu
untuk mematikan diri sebelum kita mati, disitu tuan-tuan akan dapat mengenal
sebenar-benar diri.Persoalannya disini, manakah yang dikatakan sebenar-benar
diri?.
Adapun yang dikatakan sebenar-benar diri itu, bukan merujuk kepada jasad atau bukan merujuk kepada anggota tubuh badan. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah merujuk kepada perkara roh!. Rohlah diri yang sebenar-benar diri kita!Setelah kita dapati jalan untuk mengenal diri itu, adalah melalui perkara roh, sekali lagi kita menemuai jalan buntu untuk mengenal Allah melalui diri. Pada mulanya kita sanggkakan diri itu, adalah jasad (tubuh badan), jadi bolehlah kita mengenal Allah melalui jasad tubuh badan, sebabnya jasad atau tubuh badan kita itu, adalah benda yang boleh diraba dengan tangan dan boleh dilihat serta dipandang mata kasar.
Adapun yang dikatakan sebenar-benar diri itu, bukan merujuk kepada jasad atau bukan merujuk kepada anggota tubuh badan. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah merujuk kepada perkara roh!. Rohlah diri yang sebenar-benar diri kita!Setelah kita dapati jalan untuk mengenal diri itu, adalah melalui perkara roh, sekali lagi kita menemuai jalan buntu untuk mengenal Allah melalui diri. Pada mulanya kita sanggkakan diri itu, adalah jasad (tubuh badan), jadi bolehlah kita mengenal Allah melalui jasad tubuh badan, sebabnya jasad atau tubuh badan kita itu, adalah benda yang boleh diraba dengan tangan dan boleh dilihat serta dipandang mata kasar.
Ternyata anggapan serta
sanggkaan kita itu, sama sekali meleset. Sebenarnya kita tidak boleh mengenal
Allah melalui diri, kerana diri sebenar diri itu adalah roh, sedangkan roh
adalah perkara halus, perkara batin dan perkara ghaib. Akal tidak mampu untuk
mengenal perkara-perkara yang gahaib (hanya ghaib yang mengenal ghaib dan hanya
batin yang mengenal batin).Perkara roh adalah urusan Allah. Sekalipun ianya
diberi ilmu, ianya hanya sedikit. Perkara roh adalah perkara ghaib, Sekali
lagi kita menemuai kepayahan atau kegagalan dalam menimba atau menuntut
ilmu melalui mengenal diri. Dalam pelajaran anak tanggga kedua, kita sekali lagi
menemui kegagalan!.
Pada mulanya kita meyanggka
bahawa perkara ilmu mengenal diri itu, adalah pelajaran mengenal anggota tubuh
badan, ternyata sanggkaan kita itu meleset. Maksud kepada perkataan diri
itu, adalah merujuk kepada roh!. Ilmu akal kita, tidak akan dapat sampai untuk
membicarakann soal roh. Roh itu, adalah termasuk kepada perkara Amar Rabbi
(urusan Allah). Lantaran itu, mari kitatingggalkan dulu buat sementara bab
mengenal diri, mari kita turun kepada anak tangga ketiga. Iaitu tangga pelajaran
ilmu mengenal Allah melalui mati.3) Pelajaran ketiga: Mengenal Allah
Melalui Mati.
Mari kita belajar ilmu
mengenal Allah melalui perkara mati. Mati adalah perkara yang boleh membawa
kita kepada mengenal Allah Taala. Berpandukan sebagaimana yang dinyataka ndidalam
Hadis "Matikan diri kau sebelum kamu mati" (mutu kablaan
tamautu". Persoalannya disini, bagaimanakah untuk megetahui perkara mati.
Sedangkan kita belum pernah merasai mati dan tidak seorangpun orang yang
telah mati kembali hidup untuk menceritakan kepada kita akan perkara-perkara
mati!.Sekali lagi kita gagal mengenal Allah melalui mati. Sebelumnya kita gagal
mengenal Allah melalui Allah, gagal mengenal Allah melalui diri dan kali ini,
sekali lagi kita gagal menemuai kaedah mengenal Allah melalui mati.
Kita telah didapati gagal
mengenal Allah melalui tiga anak tangga. Sungguhpun ketiga-tiga anak
tangga kita gagal untuk mengenal Allah melaluinya. Namun tuan-tuan jangan
khuatir, kita masih diberi ruang untuk mengenal Allah melalui perkara tidur.4) Pelajaran
Keempat; Mengenal Allah Melalui TidurTuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati
Allah sekalian.
Tidak siapa yang tidak
pernah mengenal tidur. Semua dari kita pernah merasai tidur. Sedari bayi
sehingga sekarang kita merasai tidur, apakah tuan-tuan masih tidak mengenal
tidur?. Untuk pelajaran seterusnya, saya minta tuan-tuan sidang pembaca yang
budiman sekalian megambil sekeping kertas kosong. Saya mahu tuan-tuan dan
puan-puan tulis serta catatkan apakah yang tuan-tuan tahu tentang tidur. Apakah
pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur. Buat catatan tuan-tuan
dengan cermat dan kemudian cuba tuan-tuan padankan dengan catatan saya.
Apakah pegetauan tuan-tuan
tentang tidur itu, sama dengan ilmu pegetahuan Tok' Kenali?. Setelah semuanya
telah tercatat, mari kita teruskan pengajian kita tentang ilmu mengenal
tidur.Pengajaran yang dapat kita kutip dari perkara tidur itu, akan membolehkan
kita mengenal akan Allah Taala dengan pasti. Jika sebelumnya kita tidak dapat
mengenal Allah melalui Allah, diri dan mati, Baginda Rasulrullah mengajak
tuan-tuan mengenal Allah melalui perkara tidur, kerana semua orang tahu tentang
tidur. Sebagaimana yang dinyatakan melalui Hadis "tidakkah tidur itu
saudaranya mati".
Apakah pengajaran yang
dapat tuan-tuan kutip dari perkara tidur?. Semak balik catatan yang telah
tuan-tuan tulis untuk dibandingkan dengan apa yang akan saya nyatakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pengajaran yang dapat kita kutip melalui
perkara tidur itu, adalah mengajar kita kepada ilmu "menyerah diri kepada
Allah Taala".Cuba tuan-tuan perhatikan dengan cermat akan kata-kata saya
ini. Semata tuan-tuan tidur, apakah masih ingat kepada wang ringgit yang
menimbun didalam bank?.
Semasa tuan-tuan
tidur, apakah masih ingat kepada rumah besar, kereta besar atau panggkat besar.
Ada atau tidaknya perkara-perkara tersebut diatas, tidak membuat tuan-tuan
kisah?. Apakah tuan-tuan kisah, bilamana ada orang datang untuk bunuh
diri tuan-tuan?. Apakkah tuan-tuan tahu yang diri tuan-tuan itu, ada atau tidak
(hidup atau mati)?. Dikala tidur, kita tidak lagi ingat akan diri, malahan
tidak ingat kepada kepada nama diri sendiri.Ini mengajar kita erti tidur,
tidur mengajar kita erti menyerah diri kepada Allah Taala.
Didalam perkara tidur,
ianya mengajar kita erti sebuah "penyerahan diri secara total". Tidur
mengajar kita, suatu rasa tidak memiliki dan suatu rasa tidak mempunyai.
Sebenar-benar diri kita itu, tidak memiliki dan mempunyai apa-apa!. Wang
yang banyak, tidak lagi kita peduli, ini menandakan yang kita telah menyerah
segala kekayaan wang ringgit, rumah besar, kereta besar dan panggkat besar
kepada Allah diwaktu kita tidur.
Ada atau tidaknya diri kita
dikala kita tidur, sudah tidak lagi kita peduli, ini menandakan kita
menyerahkan segala kebesaran serta keberadaan diri kepada Allah Taala. Tidak
lagi kita peduli kepada anak isteri atau orang yang tersayang. Menyerah kita
akan segalanya kepada Allah Taala.Tidur mengajar kita tentang ilmu menyerah
diri secara total atau menyerah diri secara mutlakkepada Allah
Taala.
Sekalipun orang datang
untuk membunuh kita, kita tidak lagi megambil kisah, itu adalah tanda menyerah
diri kepada Allah Taala secara pukal, secara tunai, secara tuntas dan secara
jelas. Dengan itu, fahamlah kita bahawa ilmu yang dibawa oleh perkara tidur
itu, adalah untuk mengajar kita kepada pengertian sebuah peryerahan
diri kepada Allah Taala.Sekarang kenal dan tahulah kita apakah maksud
tidur itu sebenarnya!.
Pengajaran dari perkara
tidur itu, membawa pengerian mati. Itulah sebabnya Baginda Rasulullah
menyatakan dalam Hadisnya yang bahawasanya "tidur itu saudarnya
mati". Maksud perkataan saudara disini, adalah merujuk kepada perkara
dekat, rapat atau seumpama adik beradik. Bilamana kita tidak mengenal abang,
cukup dengan mengenal adik, kerana dengan mengenali adik, lambat laun kita akan
dapat mengenal abang.
Bilamana kita mengenal
perkara tidur, bererti dengan sendirinya kita akan mengenal perkara mati,
kerana diantara tidur dengan perkara mati itu, adalah seumpama saudara
terdekat. Suasana tidur adalah mengajar kita suasana diwaktu kita mati.
Sebagaimana tidur, sebegitulah mati dan sebagaimana mati, sebegitulah keadaan
tidur!.
Bilamana kita tahu tidur,
bererti kita tahu mati. Bilamana kita mengenal tidur, bererti kita mengenal
mati. Dari ilmu tidur, mengajar kita ilmu mati. Sekarang saya mahu
mengajak tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anggaplah diri kita sekarang ini,
benar-benar sudah mati!. Dari ilmu tidur, ianya telah berjaya membawa kita
kepada mengenal erti mati!.
Sebenarnya kita sekarang
ini sedang tidur dan sedang mati. Hanya mereka-mereka yang mengenal Allah
sahaja yang benar-benar hidup dalam berkeadaan jaga.Hidup sesudah mati itu,
adalah sebenar-benar kehidupan yang tidak akan merasai mati sesudahnya. Itulah
yang dikatakan melalui Hadis "mati sebelum mati" (Mutu kablaan
tamautu).
Matikan diri sebelum mati
itulah, yang dikatakan sebenar-benar mati. Mati berpisah nyawa dari badan itu,
adalah mati kepastian manakala mati sebelum mati itu, adalah mati kemestian.
Oleh itu, kita mesti mematian diri sebelum datangnya mati kepastian. Setelah
kita mati, apa yang ada pada diri kita?.Sekarang saya mahu mengajak tuan-tuan
dan puan-puan benar-benar merasai mati.
Saya mahu tuan-tuan
beranggapan yang diri tuan-tuan sudah mati, yang sekarang sedang
berada diperbaringan. Anggaplah diri tuan-tuan sekarang sedang terbujur kaku,
dikelilingi oleh anak isteri yang sedang menangis meratap pemergian kita pulang
kerahmatullah. Sekejab lagi ada orang yang akan datang untuk memandi dan
kemudian akan memakaikan kita dengan kain kafan. Sekarang tuan telah terbujur
kaku dan sedang menunggu untuk dikebumikan kedalam kubur.
Sebelum Malaikat Mungkar
dan Nangkir datang menyoal tuan-tuan, terlebih dahulu saya ingin menyoal satu
persoalan. Manakah sebenar-benarnya diri tuan-tuan?. Dulunya tuan-tuan gunakan
anggota tangan bagi menunjukkan gagah, mengunakan kaki bagi menunjukkan kuat,
menggunakan mulut bagi menunujkan pintar dan menggunakan akal bagi menunjukkan
pandai.
Sekarang bilamana diri
sudah terbujur kaku diperbaringan, kemana perginya gagah, kemana perginya kuat,
kemana perginya pintar dan kemana perginya paindai?. Apakah yang tuan-tuan
miliki sebenarnya dikala ini?. Setelah kita mengenal tidur, bererti kita
telah mengenal mati. Sekarang kita sedang berada diambang kematian. Apa bekalan
yang akan tuan-tuan bawa untuk diri?, setelah segalanya kita tinggalkan,
dimana diri!.
Tuan-tuan dan puan-puan
yang dirahmati Allah dan yang saya kasihi sekalian. Saya merayu dengan rasa
sebenar-benar rendah diri, kepada tuan-tuan sekalian, sementara nyawa masih
dikandung badan, marilah kita sama-sama belajar mengenal diri dan sama-sama
belajar menganal Allah dengan nyata!.
Cukup-cukuplah belajar ilmu
feqah dan cukup-cukuplah belajar ilmu syariaat!. Sudah terlalu lama
tuan-tuan belajar ilmu feqah, bermula daripada kelas KAFA (se usia enam tahun)
sampai sekarang, taun-tuan sudah berumur sebaya enam puloh tahun, apakah
tuan-tuan masih mencari-cari atau meraba-raba ilmu feqah?. Seusia sekarang ,
berapa lama lagikah tuan-tuan mahu menghabiskan usia tua dengan pelajaran ilmu
feqah?.
Berapa lagikah masanya
untuk tuan-tuan belajar ilmu hakikat?. Sedangkan antara ilmu feqah (syariiat)
dan ilmu hakikat (makrifat) itu, adalah sama-sama fardhu ain atau sama-sama
wajib!. Kenapa wajib belajar ilmu feqah sedari umur enam tahun sedangkan seusia
enam puloh tahun ilmu hakikat masih belum datang wajibnya dan belum datang
fardhunya?. Nak tunggu bila?…………………………
Marilah kita belajar ilmu
tidur, dengan perkara tidur, ianya membawa kita mengenal ilmu mati. Dengan
perkara mati, ianya membawa kita kepada ilmu mengenal diri. Dengan
perkara diri, wajib dengan sendirnya membawa kita mengenal akan
Allah swt. Itu sebabnya saya bawa usul tidur, usul mati, usul diri supaya
dengan usul-usul tersebut, ianya membawa tuan-tuan menaiki tangga-tangga ilmu
dengan tertib.
Dengan mendaki anak-anak
tangga itu, boleh membawa tuan-tuan dan puan-puan berjaya sampai kepada
ilmu mengenal Allah dengan teratur dan berfatonah.Supaya pendekatan
ilmu itu tersusun cantik, mudah difaham dan senang dimengerti oleh segenap
lapisan umur.
Hanya melalui perkara
tidur, sekarang kita sudah berjaya mengenal sebenar-benar
diri. Sebenar-benar diri itu, tidak ada. Bilamana diri tidak ada, siapakah
yang ada?. Bilamana diri sudah tidak ada, yang ada itu hanya Allah."Kini
kita sudah mengenal Allah!".
KAEDAH KETIGA MENGENAL
ALLAH
Kaedah: "Syuhudul
wahdah fil kasraf" (pandang yang satu kepada yang banyak)Kaedah
pertama ilmu mengenal Allah itu, bermula dari tahap anak tangga yang
paling bawah sehingga sampai kepada tahap anak tangga yang paling terkebawah.
Manaka kaedah kedua dalam mempelajari ilmu mengenal Allah itu, kita
dikehendaki mengambil pendekatan bermula dari anak tangga bawah (kelima) kepada
anak tangga keatas (pertama).
1)Tahap pertama, kita
bermula mengenal Allah itu, adalah melalui pelajaran ilmu mengenal Allah
dengan Allah.
2)Tahap kedua mengenal
Allah itu, adalah mengenal Allah melalui diri.
3) Tahap ketiga mengenal
Allah itu, adalah melalui mati.
4) Tahap keempat mengenal
Allah itu, adalah melalui tidur dan
5) tahap kelima mengenal
Allah itu, adalah melalui penyerahan diri.
Seumpama kita melihat
tumbuhnya pohon yang bermula dari benih yang kosong yang membawa tumbuhnya
sampai kepada pucut. Kaedah: "syuhudul kasraf fil
wahdah" (pandang yang banyak kepada yang satu)
Manakala kedua, kita
dikehendaki bermula dari tahap paling atas, sehingga kepada tahap yang paling
bawah. Iaitu bermula dari pelajaran ilmu mengenal penyerahan diri, mengenal
tidur, mengenal mati, mengenal diri dan seterusnya kita akan sampai kepada
tahap mengenal Allah Taala. Sebagaimana Hadis "Syuhudul wahdah fil
kasyraf, syuhudul kasraf fil wahdah" (pandang yang satu kepada yang banyak
dan pandang yang banya kepada yang satu). Mari kita belajar ilmu ini degan
tertib, fatonah dan bersungguh-sungguh. Untuk itu, mari saya ajak tuan-tuan,
kita bermula belajar dari tahap atas kebawah dan ulang balik dari tahap bawah
keatas. Mari kita mengenal Allah melalui kaedah dari bawah keatas!
1) Pertama; Mengenal
Allah melalu penyerahan diri.
Arwah Tok Kenali, selalu
berpesan kepada ayahanda saya dan ayahanda saya pula berpesan kepasa saya.
Bilamana kita membaca atau belajar sesuatu ilmu, ilmu itu hendaklah menjurus
kepada diri, hendaklah diletak atau dirujuk kepada diri. Hendaklah kita
tafsirkan segala ilmu keatas diri kita sendiri.
Setelah segala ilmu itu
diletak atau ditafsir keatas diri kita, hendaklah pula diri kita itu, diserah
semula atau dipulangkan kembali kepada Allah. Bilamana kita mencari ilmu
didalam kitab, samaada kitab Al-Quraan mahupun kitab-kitab makrifat, kita
dikehendaki mentafsirkan segala ilmu itu kepada diri kita sendiri. Hendaklah
selepas kita tafsir segala ilmu itu atas diri kita, kemudian hendaklah
dipulangkan atau hendaklah dikembakli semula diri itu, kepada Allah !.
Jangan sampai terlihat
adanya diri, itulah petua atau syarat belajar ilmu makrifat!
Untuk mengenal Allah
melalui Allah itu, dikatakan pelajaran jauh, dalam, payah atau tinggi. Untuk
itu mari kita ambil pendekatan mengenal Allah melalui penyerahan diri. Melalui
tangga kelima iaitu tangga mengenal Allah melalui penyerahan diri, dikatakan
tangga pelajaran yang paling kebawah dan paling rendah. Mari kita belajar mengenal
Allah melalui pelajaran yang paling, asa, rendah dan bawah, iaitu mengenal
Allah melalui penyerahan diri.Bilamana pancaindera telah diserah dan telah
dikembali segalanya kepada Allah, apakah lagi yang tertinggal, yang
terbaki dan tersisa atas diri kita?. Cuba tuan jawab sekali lagi
pertanyaan saya ini atau sudi kiranya tuan-tuan senaraikan atas kertas kosong,
apakah yang tersisa atau yang tertinggal atas diri kita?.
Dikehendaki menyerah diri
kepada Allah itu, dalam bentuk empat pertkara.
1) Pertama hendaklah kita
kembali atau menyerahkan kepada Allah Taala, akan panggilan sekalian yang
berbentuk nama.
2) Kedua hendaklah
dikembali atau menyerahkan kepada Allah Taala, akan bentuk sekalian yang
berbentuk sifat.3) Ketiga hendaklah meyerah atau megembalikan kepada Allah
Taala, akan kelakuan yang berbentuk Afaal.4) Keempat hendaklah
menyerah atau mengembalikan kepada Allah Taala, akan batin yang berbentuk
zat.Setelah keempat-empat itu dikembalikan atau diserahkan semula kepada Allah,
apakah lagi yang tertinggal, terbaki dan tersisa atas kita?.
Mata beserta penglihatan.
hidung beserta nafas, mulut beserta perkataan, telinga beserta pendengaran,
tangan beserta kuat, kaki beserta gagah dan perut beserta rasa telah kita
serah kembali kepada tuannya yang empunya asal, apakah lagi yang ada pada
kita?. Yang tinggal atas kita hanya kosong!.Mulai hari ini, kenallah kita akan
diri kita.
Diri kita
yang sebenar-benar diri itu, adalah tidak ada!. Diri yang sebenar ada itu,
adalah hanya Allah Taala. Allah Taalalah diri yang sebenar-benar ada!.
Inilah pelajaran yang dapat kita kutip dari ilmu mengenal Allah melalui
penyerahan diri. Setelah kita mengenal ilmu penyerahan diri, mari kita panjat
naik lagi kepada tinggkatan anak tangga yang keempat itu, mengenal Allah
melalui tidur.
Dengan berbekalkan
pelajaran menyerah diri, maka kenallah kita akan diri kita, diri kita yang
sebenarnya tidak ada. Setelah diri kita tidak ada , tentunya yang ada itu,
hanya sifat Allah. Dengan ini, kenallah kita akan Allah Taala. Kenal Allah
Taala itu, setelah ketidak beradaan diri!. Selagi adanya diri kita, selagi
itulah kita tidak akan dapat mengenal Allah. Mengenal Allah itu, adalah setelah
ketiadaan diri. Setelah ketiadaan diri (sifat keakuan), barulah Allah itu nyata
dan dapat dinyatakan keberadaanNya.
Jika masih ada sifat diri
dan jika masih ada sifat "aku", selagi itulah kita tidak akan
dapt menyatakan adanya Allah Taala. kita masih mengaku yang kuat itu aku,
yang gagah itu aku, yang kaya itu aku, yang besar itu aku dan yang melihat itu
aku, yang mendengar itu aku, yang hidup itu aku dan yanng wujud itu aku!.
Selagi masih kelihatan keberadaan diri, selagi itulah sifat keakuan itu timbul.
Setelah berjaya kita menengelam atau mengkaramkan keberadaan diri, maka yang
timbul itu nanti adalah keyataan Allah, Allah, Allah ………………………………….dengan
seyata-nyata dan seia-iaNya.
Tidak akan ada yang lain
selain Allah. Allah nyata setelah tidak nyatanya diri. Inilah yang dierti,
yang dimaksud atau yang fahamkan melalui konsep penyerahan diri Tok
kenali. Setelah kita tahu erti penyerahan, barulah kita boleh tahu apa itu
tidur. Bahawa tidur ertinya berserah diri kepada Allah.
2) Kedua; Mengenal
Allah melalui perkara tidur.Pada peringkat awal pengajian ilmu mengenal
Allah, kita bermula pelajaran mengenal Allah dari anak tangga teratas
kepada anak tangga terkebawah. Setelah cara itu gagal menemukan kita dengan
jalan mengenal Allah. Kini mari saya mengajak tuan-tuan berpatah balik
daripada pelajaran yang bermula dari anak tangga bawah keatas.. Mari kita berpatah
balik, bermula dengan pelajaran kelima kepada pelajaran nomber satu.
Pelajaran peringkat kelima
mengajar kita mengenal penyerahan diri, manakala pelajaran ketiga mengajar kita
perkara mati. Sesudah mengenal pelajaran tidur, mari kita berbalik kepada
pelajaran mati.Sekiranya tidur mengajar kita menyerah diri kepada Allah,
bermakna perkara mati juga mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah
Taala.
Perkara tidur dan perkara
mati itu, adalah perkara yang membawa pengertian yang sama . Perkara tidur dan
perkara mati itu, seumpama saudara kembar (adik beradik) Sebagaimana Hadis
mengatakan yang bahawasanya "tidakkah tidur itu, saudarnya mati".
Bilamana kita kenal adik, pastinya kita kenal abang. Begitu juga dengan perkara
mati. Bilamana kita mengenal tidur, dengan sendirinya kita mengenal mati.
3) Ketiga; Mengenal
Allah melalui mati.Tidur mengajar kita berserah diri kepada Allah manakala mati
juga mengajar kita menyerah diri kepada Allah. Cuba tuan-tuan lihat mayat yang
terbujur kaku!. Apa yang ada pada sisi mayat bilamana mati?. Bilamana kita
mati, segala harta benda, wang kekayaan atau anak isteri, semuanya tidak lagi
boleh digunakan. Ada tangan, tangan menjadi kaku, dimana perginya kekuatan
tangan?. Ada mulut, mulut menjadi bisu, kemana perginya kepetehan bercakap
dahulunya?. Mati mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah.
Bilamana tidur mengajar
kita erti penyerahan diri kepada Allah, mati juga mengajar kita erti penyerahan
diri kepada Allah. Kedua-dua perkara tidur dan mati mengajar kita berserah diri
kepada Allah Taala. Untuk mengnenal Allah, kkita hendaklah belajar erti tidur
dan erti mati. Sekarang kita sudah tahu apa itu mati dan apa itu tidur. Setelah
kita tahu erti mati dan erti tidur, mari kita kembali kerpada pelajaran kedua.
Pelajaran kedua mengajak kita mengenal Allah melalui diri.Kita mengaji dan
megkaji pelajaran mati, adalah bertujuan untuk mengenal diri.
Dengan pelajaran ilmu
mengenal diri itulah juga nantinya, kita akan dapat mengenal Allah.
Pelajaran-pelajaran kita yang telah lalu diatas, mengajar kita apakah itu erti
mati. Setelah kita mengenal erti mati dalam pelajaran pada anak tangga
keempat, tibalah masanya untuk kita menuju kepada pelajaran anak tangga yang
kedua, iaitu mengenal diri. Dengan pelajaran mengenal diri itu, akan membawa
kita kepada ilmu mengenal Allah, yang menjadi cita-ciata atau tujuan utama
kita.Baiklah, saya bermohon kepada tuan-tuan semua agar berhenti membaca buat
seketika.
Mari kita sama-sama
memejamkan kedua-dua belah mata dengan kedua-dua belah tangan letak diatas
paha, mari kita sama-sama bermohon kepada Allah swt, agar dibuka akan pintu
hati kita, untuk memahami ilmu ini. Tanpa izin Allah, ilmu ini tidak
sekali-kali akan terbuka!. Untuk itu, mari kita sama-sama bermunajat kepada
Allah swt, agar dibuka akan pintu hati kita, agar dapat menerima titah ilmu
rahsia ini, dengan mudah supaya ianya melekat, terukir dan terpahat
didalam lubuk hati dan jantung kalbu.
Setelah kita minta keizinan
Allah, barulah ilmu yang akan kita timba nanti, mendapat keberkatan dan
kerahmatan Allah swt.Mati mengajar kita erti penyerahan diri kepada Allah.
Bilamana kita mati, segala-galanya tidak lagi kita miliki, semuanya telah
dipulang kembali kepada Allah. Allahlah selaku tuan yang empunya segala-galanya
(termasuk diri kita). Setelah kita benar-benar faham apa itu mati, mari kita
hubung kaitkannya dengan diri. Siapakah sebenar-sebenarnya diri kita?.
Sebenar-benar diri kita
itu, adalah tidak ada (mati). Sebagaimana mati, sebegitulah diri. Bilamana
mati, kita telah tidak lagi punya apa-apa. Sebegitu juga dengan pengertian
mengenal diri. Setelah kita sebenar-benar mengenal diri, diri akan menjadi
sebagaimana mati.
Saya ingin bertanya kepada
tuan-tuan, manakah yang dikatakan anggota tangan tuan-tuan, mana mulut, mata,
kaki, telinga, gagah, kuat, cantik dan sebagainya?. manakah angggota itu semua,
siapakah ttuan yang empunya sebagai pemiliknya?. Cuba tuan-tuan jawab
pertanyaan saya. Siapakah pemilik atau siapakah yang empunya anggota kita?.
Setelah kita mengenal mati
dan setelah kita mengenal diri, apa adakah lagi sifat diri kita?.
Tidakkah semuanya telah menjadi milik Allah?. Setelah segalanya milik Allah dan
kepunyaan Allah, mana yang dikatakan kita?. Setelah kita mengenal ilmu
diri, diri kita itu, telah menjadi seumpama mati.
Bilamana mati, bererti kita
telah tidak ada. Sebagai mana tidak adanya diri kita dikala mati, sebegitu
jugalah pengertian hidup kita sekarang ini. Sekarang ini, masa ini, saat ini
dan diketika ini, sebenar-benar diri kita itu, sudah mati. Itulah yanng
dinyatakan didalam Hadis "Matikan diri kamu sebelum kamu lati" (Mutu
kablaan taumautu".
Sebenar-benar diri kita
itu, tidak ada!. Cuba sekali lagi tuan-tuan lihat pada sifat anggota
tangan, sesunggguhnya sifat anggota tangan kita itu, adalah milik kepunyaan
Allah, bukannya milik kita!. Cuba tuan-tuan lihat, pandangn dan tilik pula
kepada bahagian anggota-anggota lain, manakah yang dikatakan menjadi milik
kita?. Ternyata segala dan semuanya bukan kepunyaan kita, segala dan semuanya
adalah milik dan kepunyaan Allah Taala.
Tidak ada satu anggotapun,
biar ianya sebesar zarah, melainkan segalanya adalah milik Allah. Kita
atau diri kita sebenar-benarnya, tidak ada dan tidak memiliki apa-apa!. Kita
sebenarnya sudah dan telahpun mati!. Setelah kita mengenal apa itu perkara
mati, maka kenallah kita akan siapakah sebenarnya diri. Mari kita sama-sama
belajar perkara mengenal diri, agar dengan belajar ilmu mengenal diri, kita
akan dibawa kepada mengenal Allah Taala.
4) Kempat; Mengenal
Allah melalui diri.Inilah pelajaran terakhir dalam ilmu mengenal Allah Taala.
Setelah kita mengenal diri, sudah denngan pasti dan sudah dengan wajib, kita
akan dapat mengenal Allah dengan tepat, jitu, pasti dan benar lagi
nyata.Sebelum kita menuntut ilmu mengenal Allah (makrifat), terlebih dahulu
hendaklah tuan-tuan dan puan-puan mengenal diri melalui diri sendiri.
Barang siapa mengenal
diri dengan rata, maka mengenallah ia akan Allah dengan nyata.
Kiranya kita tidak mengenal diri, masakan dapat mengenal Allah. Mengenal Allah
itu, adalah setelah benar-benar mengenal diri!. Bagi yang berhajat untuk
mengenal diri pula, hendaklah dibinasakan diri, dikemballi dan dipulangkan
semula diri kepada Allah termasuk diri zahir dan diri batin (roh) kepada Allah
Taala.
Setelah segala-galanya
tidak ada, telah tertanggal, telah terbuang dan telah tersingkir dari sifat
keakuan (aku). maka yang terzahir, ternampak, terpandang dan yang terang jelas
lagi nyata itu, itulah Allah swt.5) Kelima; Mengenal Allah melalui
penyerahan.Kita hendaklah belajar ilmu makrifat itu, sehingga sampai kepada
tahap sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah.
Selagi ada perkara yang
hendak diserah, itu bererti tuan-tuan belum habis mengenal diri. Mengenal diri
itu, adalah sehingga tidak ada lagi perkara atau sudah tidak ada lagi benda
yang hendak dikembalikan kepada Allah. Setelah tidak adanya perkataan
"aku", maka akan hilanglah penyerahan. Selagi ada perkataan
"aku" selagi itulah belum sampai kepada tahap penyerahan
diri!.Mengenal Allah melalui penyerahan itu, adalah tahap ilmu yang sudah
sampai kepada tahap sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak diserah, itulah
sebenar-benar penyerahan.
Apakah lagi yang hendak
kita serah, sedangkan diri kita sendiripun sebenarnya tidak ada!. Sesudah
sampai kepada tahap ini, maka itulah sebenar-benar ilmu mengenal diri dan
sebenar-benar ilmu menyerah diri. Inilah yang dikatakan ilmu
makrifat!.Jalan ini adalah jalan pelik. Jalan bilamana ada, kita tidak dipeduli
orang. Bilamana adanya kenduiri kendara, kita tidak diundang. Bilamana kita
tidak ada (hiloang), kita tidak dicari orang.
Bilaman berbicara, tidak
diindah orang, inilah jalan yang ditempuhi oleh orang-orang makrifat. Jalan
orang makrifat itu, adalah jalan cacian dan jalan tomohan orang!. Cuba
tuan-tuan lilhat, perhati dan tengok dengan mata kepada sendiri. Siapakah
dikalangan kita yang sanggup mengajar ilmu makrifat?. Jika adapun dua tiga
kerat yang cuba-cuba mengajar ilmu makrifat, ada sahaja mulut-mulut sumbang.
Yang mengatakan ilmu sesat, ilmu salah, ilmu terpesong dan berbagai-bagai
tomohan yang membuatkan tidak ada orang yang berani membuka ilmu ini, melainkan
siapa yang sanggup pertaruhkan nyawa.
Dalam memperjuangkan ilmu
makrifat, pertaruhannya adalah nyawa, siapa yang berani bermain permainan ini,
itulah sebenar-benar penglima dan pahlawan Allah, pejuang bangsa,
pejuang agama dan pejuang Islam sebenar. Biarpun kita tidak diberi darjah
kebesaran oleh pemerintah dunia, namun kita akan mendapat anugerah kebesaran
dari tangan Allah swt sendiri.Jika kita berada pada jalan yang lurus, apa yang
hendak ditakuti. Orang makrifat itu, adalah orang yang tidak ada erti takut dan
tidak ada erti gentar, melainkan hanya kepada Allah mereka berserah diri.
Ayuh sahabat-sahabatku,
kita sama-sama perjuankan ilmu makrifat!. Ilmu makrifat itu, adalah satu ilmu
yang fardhu (wajib). Wajib atas kita bagi setiap umat yang beragama Islam itu,
meperjuankannya!.Kenapa ramai orang yang hanya sanggup memperjuangkan
habis-habisan ilmu feqah atau ilmu syariaat. Kenapa tidak ada orang yang berani
memperjuangkan ilmu makrifat?. Apakah ilmu makrifat itu bukan ilmu?. Cuba jawab
pertanyaan saya!. Dimasjid, disurau, diakhbar-akhbar, disekolah, dipondok,
dipusat pengajian tinggi sekarang, hanya mempelajari dan hanya memperjuangkan
ilmu syariaat. Kemana hilangnya ilmu makrifat.
Apakah ilmu makrifat itu
bukan fardhu?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya dengan sejujur-jujurnya.
Apakah ilmu makrifat itu bukan ilmu?, bukan fardhu? dan apakah ilmu makrifat
itu bukan wajib?.Kiranya ilmu makrifat itu, wajib atau fardhu, kenapa tidak
diajar?. Mana perginya mereka-mereka yang bergelar ulamak, yang bergelar
ustaz, yang bergelar kiyai, yang bergelar guru dan yang
bergelar pendakwah?. Kenapa tidak diajar?, kenapa tidak diajar dan kenapa
tidak diajar?.
Cuba tuan-tuan dan
puan-puan jawab pertanyaan saya!.Kepada mereka-mereka yang mengamalkan ilmu
makrifat, ayuh mari beserta saya, kita perjuangkan ilmu makrifat,
sekalipun pertaruhannya adalah nyawa Dalam mamperjuangkan ilmu Allah
itu, pertaruhannya adalah nyawa. Demi agama Allah dan demi Allah
Tuhan yang Esa, saya pertaruhkan nyawa saya kepada tuan-tuan untuk
menghukumnya."Hukumlah saya kiranya saya didapati salah dan kiranya saya
didapati tidak benar!".
Adapun ilmu makrifat itu,
adalah salah satu cabang ilmu yang tertinggi dari empat cabang ilmu. Ilmu di
dalam Islam itu, terbahagi kepada empat bahagian atau empat cabang. Pertamanya
ilmu syariaat, keduanya ilmu torikat, ketiganya ilmu hakikat dan kempatnya adalah
cabang ilmu yang tertinggi, iaitu ilmu makrifat.
Keempat-empat cabang ilmu
itu, adalah ilmu yang difardukan iaitu ilmu fardhu ain atau ilmu yang
wajib. Wajib dituntut oleh segenaplapisan umat manusia yang
bergelar ulamak, ustaz, penceramah, pensyarah, pendakwah atau guru-guru yang
mengajar ilmu makrifat?.Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya secara
jujur?. Kemana hilang atau terkuburnya ilmu makrifat yang dikatakan
tertinggi itu?. Siapa yang sanggup menanggung tanggungjawab ini? .
Kerana apa, terkuburnya
ilmu makrifat?, terkubur ilmu makrifat itu, adalah kerana terfitnah oleh
tangan-tangan nakal golongan ahli feqah. Yang selalu memandang serung akan ilmu
makrifat atas dasar kurang berkemahiran dalam bidang ini, lalu menuduh dan
menfitnahnya dengan tuduhan yang kejam. Itulah makanya Abu Khurairah
mengatakan bahawa " aku menerima dua bejana ilmu dari Baginda Rasulrullah,
satu bejana boleh aku haburkan kepada halayak ramai dan satu bejana lagi
kiranya aku habur, melainkan kepada aku akan kena potong".
Bagi yang mendapat petunjuk
Allah Taala, yang keji itulah ilmu yang terpuji dan yang caci itulah ilmu yang
dicari. Untuk itu, bagi mendalami ilmu yang terpinggir dan terkubur ini. Harus
kuburkan terlebih dahulu sifat dengki, cemburu, busuk hati, khianat, iri hati,
busuk hati, penipu, pendusta, berburuk sangka dan sebagainya, barulah boleh
menjurus kepada ilmu makrifat. Ingatlah dimanakah lagi untuk kita mendalami
ilmu ini, selain kitab peninggalan Tok Kenali!.
Berbalik kepada tajuk kita
yang kelima, iaitu mengenal Allah melalui ilmu penyerahan diri. Ingin saya
mengajak tuan-tuan, agar bersama-samalah kita semua berpakat-pakat berserah
diri kepada Allah.
Cukup-cukuplah mengejar
pahala dan cukup-cukuplah mengejar syurga. Sesungguhnya pahala dan syurga itu
milik Allah. Syurga dan pahala itu bukan milik kita, ianya adalah milik Allah.
Akan diberi Allah kepada seiapa yang dikehendakinya. Pahala atau syurga
itu, bukan dari kerana amal ibadat yang kita kerjakan!. Pahala dan syurga itu,
adalah datangnya dari rahmat Allah, bukan datangnya dari kerana amal
kita!.
Ingat itu, ingat itu dan
ingat itu! Marilah kita bersama-sama saya, kita berpakat-pakat sama-sama
mencari keredaan Allah melaluipenyerahan segala sifat, segala nama, segala
afaal dan segala zat kepada Allah Taala. Kita sebenarnya tidak memiliki
apa-apa. Kita tidak boleh berdiri untuk beribadat, kiranya tidak diberi Allah
akan tenaga.
Tenaga gagah atau tenaga
kuat untuk dirikan ibadat itu, bukan datangnya dari kerana makan nasi.
Ianya adalah datangnya dari Allah Taala. Ibadah itu sendiri, adalah
datangnya dari Allah, kenapa pula kita yang mendapat upah syurga atau upah
pahala?. Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur dan dengan
ikhlas. Patutkah kita mendapat habuan hasil dari pekerjaan orang?.Cuba tuan-tuan
jawab pertanyaan saya ?.
Sembahyang, puasa, zukir,
zakat, fitrah, haji, syahadah dan segalanya itu dari milik siapa?. Apakah
ibadah itu milik kita?. Sekira semuanya sudah menjadi hak milik kita, buat apa
lagi beribadah ?. Sekira semuanya sudah menjadi hak milik kita, tidak perlulah
lagi susah payah kita kerjakan ibadah, sekiranya semuanya itu sudah jadi milik
kita!.
Kiranya pengajian makrifat
kita itu sudah putus dan sudah sampai penamat (penghujung), kita tidak
lagi berangapan yang beribadat itu kita!. Kan diri kita sudah mati, sudah
binasa dan sudah terserah kepada Allah, mana lagi ada diri untuk mengerjakan
ibadah. Ibadah kita itu, sesungguhnya datang dari Allah dan tidak pula dituju
kepada sesiapa-siapa, melainkan kembalinya pula semula kepada Allah.
Allah yang awal dan
berakhirpun juga hendaklah Allah!. Kita tidak ada apa-apa, kita tidak milik apa
dan kita tidak punya apa-apa!,Kiranya kita sudah tidak punya apa-apa, apakah
yang kita punya?. yang kita punya itu, adalah hanya Allah, hanya Allah , hanya
Allah!. Inilah tahap pengajian ilmu makrifat melalui mengenal Allah dengan
Allah!. Kita kenal Allah dengan Allah, kita ingat Allah dengan Allah.
Ingatnya (zikir) kita
kepada Allah itu, bukan dengan sebab ada akal fikiran atau ada daya usaha
diri!. Ingatkan (zikir) itupun jua dari Allah. Kiranya Allah tarik ingatan
kita, digantikannya dengan sifat gila, mana mungkin kita ingat Allah!. Jangan
sekali-kali mengatakan yang ingatkan Allah itu, adalah diri kita!. Kita tidak
boleh ingatkan Allah tanpa Allah. Kita tidak boleh mengenal Allah melalui diri,
akal, fikiran, nafsu, malaikat, iblis, Rasul, Nabi, Al-Quraan atau guru.
Mengenalnya kita kepada Allah itu, adalah juga dengan Allah!.
Penghujung ilmu makrifat
itu, bilamana lemah akal mengenal Allah. Mengenal Allah itu, sehingga
tidak ada apa-apa lagi yang hendak dikenal, itulah sebenar-benar mengenal
Allah. Jika masih ada yang hendak dikenal, bermakna ilmu tuan-tuan belum cukup
lengkap dan belum cukup sempurna.
Mereka yang benar-benar
berilmu makrifat (mengenal Allah) itu, adalah mereka yang tidak lagi perlu
kepada dalil. Sekiranya masih mahu berdalil-dalil untuk mengenal Allah,
itu adalah mereka yang belum nyata Allah!. Mereka-mereka yang masih
mencari-cari Allah. Makrifat yang penuh itu, adalah makrifat yang tidak lagi
perlu mencari-cari dalil untuk menyatakan Allah. Cukup Allahlah itu, dalilnya
Allah. Tidak ada dalil lain selain Allah!. Allah itulah adalah Allah. Allah,
seAllah-Allahnya. Dia, sedia-dianya!.Inilah kaedah mengenal Allah dengan Allah.
Jangan pula ada mulut-mulut
sumbang dari ulamak feqah, yang mengatakan pengajian ini, berupa ilmu hulul
atau ilmu mengaku Allah atau ilmu yang bersatu dengan Allah (wahdatul zat atau
ana Al-Haq) pula!. Ulamak feqah itu, hanya pandai mencari helah, bagi menutup
kejahilannya dalam ilmu makrifat dengan membuat tuduhan yang ilmu makrifat itu,
salah, sesat dan bidaah. Sekiranya ada yang bercakap sedemikian, cuba tuan-tuan
minta orang yang mengata sesat itu tunjukkan jalan ilmu makrifat yang tidak
sesat, mana ilmu makrifat yang tidak salah dan mana ilmu makrifat yang tidak
bidaah?.
Mengaji makrifat
itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah. Bukan bertujuan untuk
menjadikan diri itu keramat, bisa, kuat atau gagah. Bukan bertujuan untuk
menurunkan hujan, meyembuhkan penyakit atau termakbulnya doa.
Mereka-mereka yang mencari
kepentingan itu, itu bukan jalan ilmu makrifat. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu
yang tidak mencari faedah, ilmu makrifat itu, adalah ilmu mencari kaedah,
bukan mencari faedah!.
Ilmu makrifat yang berdoa
sehingga boleh meyembuhkan penyakit, boleh menurunkan hujan, boleh menjadi
kebal, boleh meratib sehingga teranggkat tubuh kelangit dan ilmu makrifat yang
boleh tahu hajat orang sebelum diberi tahu itu, adalah tahap makrifat
yang paling rendah!. Ingat kata-kata saya itu!.
Makrifat yang mencari
faedah itu, adalah makrifat pada tahap yang paling rendah, paling bawah dan
paling jahil!. Ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah. Berilmu
makrifat itu, adalah bertujuan bagi menyata, mengEsa dan menunggal atau mensatukan
Allah dengan kaedah membinasakan diri (menyerah diri kepada Allah Taala).
Berilmu makrifat itu,
adalah bertujuan bagi mengelakkan diri dari syirik (berduakan Allah). Tidak ada
tujuan disebalik ilmu makrifat itu, melainkan Allah, Allah, Allah Ilmu makrifat
itu, bukan bertujuan untuk mengaku Allah.
Bagaimana mungkin mengaku
"aku Allah" sedangkan diri yang mengaku itupun tidak ada!. (binasa).
Setelah binasanya segala diri dan setelah segala diri sudah hancur binasa, diri
manakah lagi yang ada?. Setelah diri tidak ada, mana mungkin mengaku aku
Allah!.
Orang yang mengaku
"aku Allah" "bersatu dengan Allah" "Allah masuk dalam
diri" , setelah belajar ilmu makrifat itu, adalah mereka yang belum
mengenal diri dan belum mengenal Allah dan makrifat yang sedemikian itu,
bukannya dari ajaran makrifat sebenar!. Tok' Kenali tidak pernah mengajar
mengaku "aku Allah".
Makrifat itu, jernih, suci
dan bersih dari syirik. Jika ada yang mengaku adanya diri, bermakna makrifat
mereka itu, adalah makrifat yang berlipat (terbalik atau songsang). makrifat
yang dibawa oleh Tuan Guru Tok' kenali, adalah makrifat yang jernih dan yang
bersih dari unsur-unsur syirik dan munafik!. makrifat Tok' Kenali, adalah
makrifat yang tidak mencari keuntungan atau sebarangn faedah.
Makrifat Tok' Kenali itu,
bukan bertujuan mencari syurga, pahala atau ganjaran faedah dari ibadat!.
Makrifat Tok' Kenali itu, adalah bertujuan menyatakan Allah.
Supaya Allah itu nyata senyata-nayatanya!. Ilmu Tok' Kenalil bukan bertujuan
mencari Allah. Kenapa masih ingin mencari Allah, tidakkah Allah itu nyata
pada sekalian yang nyata!. Allah itu hampir dan Allah itu dekat, yang tidak
lagi perlu dicari-cari!.
Sekiranya masih
mencari-cari Allah, bererti tuan-tuan belum mengenal Allah. Allah pada makluman
tuan itu, belum nyata dan belum jelas pada pandangan tuan, itu sebab tuan masih
dalam keadaan mencari-cari Allah. Kiranya Allah itu sudah jelas dan sudah nyata
pada ilmu tuan-tuan, apakah lagi yang hendak dicari barang yang sedia terhidang
didepan mata!. Seumpama cincin sudah lekat dijari, apakah masih mahu mencari ?.
Cari itu, adalah barang, perkara atau benda yang hilang. Bilamana barang yang
tidak hilang, buat apa hendak dicari?.
Allah tidak hilang, Allah
tidak tersorok dan Allah tidak terhijab, terlindung atau tertutup oleh sebarang
hijab. Allah itu terang, jelas dan nyata lebih terang, lebih jelas dan lebih
nyata dari cahaya matahari. Kenapa perlu dicari?, kenapa perlu dicari dan
kenapa perlu dicari?. Saya mahu tuan-tuan tanya pada diri tuan-tuan sendiri?.
Bilamana diri sudah
mengenal diri, binasalah diri dan dengan sendirinya ianya terpulang dan
terserah kepada Allah. Diri kita diketika itu dan diketika selama-lamanya, akan
hancur dan lebur. Bilamana diri itu sudah hancur dan lebur, maka yang ada itu
siapa?. Yang ada itu, itulah Allah!. Allah yang menilik dirinya sendiri!.
Barulah boleh dikatakan
mereka yang bermakrifat dengan sebenar-benar makrifat kepada Allah Taala dengan
sebenar-benar mengenal!. Maka jadilah diri itu tidak ada, setelah diri
tidak ada, maka yang meyembah itu, adalah juga yang disembah dan yang
disembah itu, adalah juga yang menyembah!. Dari Allah kepada Allah. Dari Allah
kerana Allah. Dari Allah dengan Allah dan Allah itulah Allah. Allahlah itu ia,
seia-ianya. Untuk sampai kepada tahap makrifat itu, tidak ada kerana dengan
satu kerana.
Melainkan Allah jua
Penamat pengajian ilmu
makrifat itu, adalah ilmu mengenal Allah dengan Allah Segalanya datang
dari Allah, kepada Allah dan beserta Allah. Tidak satupun pekerjaan itu,
datangnya dari diri kita makhluk!.
Sesungguhnya syirik itu dosa besar dan tidak diterima Allah akan segala amalannya
BalasPadamYe benar begitu.
BalasPadamCasino & Resort in Las Vegas, NV - Mapyro
BalasPadamCasino & Resort 광양 출장샵 - Las Vegas, 강릉 출장마사지 NV. 평택 출장마사지 Mapyro offers Vegas, NV visitors the option 하남 출장샵 to check into their hotel, casino or resort poolside. It's a short walk 양산 출장마사지
Assalamualaikum, boleh ceritakan bab solat daim tak?
BalasPadam